KOPSTAR .

President

KOPERASI INDUSTRI MUZIK MALAYSIA BERHAD (KOPSTAR) adalah merupakan badan koperasi yang berdaftar di bawah Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang merupakan koperasi yang dianggotai oleh seluruh pengiat-pengiat seni muzik dan perfileman, produksi media, tv dan radio serta individu-individu yang terlibat secara langsung dengan Industri Seni Malaysia.


0
Tahun Pertubuhan

0+
Programs

0
Ahli Anggota

Bisnes Terbit
Dari Muzik .


Visi Kami

Ingin menjadi sebuah badan koperasi yang dihormati dan disegani bagi mewakili penggiat seni negara untuk menjana ekonomi dan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah seterusnya merubah landskap industri hiburan muzik menjadi lebih positif dan berdaya saing di dalam dan luar negara.


Misi Kami.
  • Connector.

    Merubah mindset pengkarya seni untuk berfikir secara global.

  • Connector.

    Menambah input ilmu yang lebih kreatif, moden dan terkini.

  • Connector.

    Bekerjasama lebih erat dengan pihak kerajaan dan juga pelbagai pihak berkepentingan dari luar negara

  • Connector.

    Bekerjasama dengan lebih kerap dengan pihak pendidikan seni negara untuk pelbagai aktiviti ilmu seni


Mengenai Kami

Mengenali KOPSTAR.

Koperasi ialah pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 dengan matlamat untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan berdasarkan prinsip-prinsip koperasi.

1. Anda menjadi pemilik KOPSTAR melalui modal syer dan yuran yang disumbangkan.

2. Anda menikmati perkhidmatan dan barangan yang ditawarkan oleh KOPSTAR dan juga koperasi-koperasi lain di bawah Gabungan Koperasi Pasaraya Malaysia Berhad (GKPMB) pada harga yang lebih murah daripada mereka yang bukan anggota KOPSTAR.

3. Anda menikmati pulangan atas langganan, modal yang disumbangkan dan penyertaan aktif di dalam pengurusan dan aktiviti KOPSTAR.

4. Sebahagian daripada keuntungan KOPSTAR diperuntukan kepada tabung kebajikan anggota bagi membayai aktiviti-aktiviti kebajikan seperti tabung pendidikan anak- anak anggota, khairat, kematian dan sumbangan kepada aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

Anda mestilah :-

1. Seorang warganegara Malaysia yang bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah di kawasan operasi koperasi di Malaysia.

2. Mencapai umur 18 tahun.

3. Terlibat secara langsung dalam industri muzik.

1. Pembekal dan perkhidmatan muzik seperti penjualan peralatan muzik (baru/terpakai), buku muzik dan lain-lain yang berkaitan.

2. Penyewaan studio muzik (rehearsal/recording).

3. Pendidikan muzik .

4. Menganjurkan acara-acara/aktiviti-aktiviti muzik .

5. Lain-lain aktiviti berkaitan dengan muzik.

6. Penjualan lagu digital & fizikal.

7. Menjual makanan/minuman (cafe).

Sebagai anggota KOPSTAR, anda berperanan untuk :-

1. Mencarum modal koperasi dalam bentuk syer (minima RM200.00) dan fi masuk (RM20.00). Ahli-ahli MACP yang layak boleh membuat pembayaran syer melalui potongan royalti dari MACP dengan memberi kebenaran kepada MACP dalam Borang Permohonan Menjadi Anggota KOPSTAR.

2. Menyumbangkan buah fikiran bersama.

3. Bergiat dalam aktiviti untuk menjayakan semua aktiviti koperasi

Anda hanya bayar Fi masuk (satu kali sahaja) sebanyak RM20.00 dan syer minima adalah RM200.00. Sekiranya anda adalah ahli MACP, anda boleh membenarkan MACP untuk memotong Fi masuk dan syer yang ingin anda beli dari royalti anda dari MACP di Borang Permohonan Menjadi Anggota KOPSTAR.

Pendaftaran

Penaja Kami :.



M3 Publishing

Penaja


Daftarlah Sekarang.

Anda boleh mengisi Borang Permohonan Menjadi Anggota KOPSTAR yang boleh dimuat turun dari laman web atau dari pejabat KOPSTAR di KOPSTAR (MACP office), Unit 8, Level U2, Block D4, D4-2-8, Solaris Dutamas, No 1, Jalan Dutamas 1 Kuala Lumpur, Malaysia dan menghantarkannya berserta dengan cek anda ke pejabat KOPSTAR.

Pendaftaran

Sebarkan Mengenai KOPSTAR